Wednesday, February 9, 2011

Jangan nak ikut rasa sangat.

    Entri ni dikarang ketika aku berjaga seorang diri pada malam hari.

   Suasana pada jam 2.30 pagi ketika ini memang sunyi sepi. Hanya bunyi ketukan-ketukan jari jemari ku yang seolah menari di atas papan kekunci komputer riba, beserta deruan kipas yang sarat dengan debu dan segala kotoran degil. Kedua rakan sebilikku sudah lama ke alam mimpi. Sudah di bulan barangkali. 

    Kenangan di kampung halaman menerjah minda ku. Kadang seolah tidak mahu lesap dari kotak fikiran. Bayang wajah abah, ma, dan adik-adikku bermain di setiap ceruk minda. Mataku mula kabur dek basahan air masin dari kelenjar mata. Hati dan perasaan yang seolah tidak mampu lagi menanggung beban rindu yang terlampau. Betapa beratnya rasa menanggung bebanan rindu ini. Ah, tak mampu ku tahan lagi.

Cukup! Cukup!  Cukup menyeksa diriku lagi. Biar aku.....


menyanyi dulu..





Called mama tadi. Tapi tak angkat. Dah tidur barangkali. Malam ni rasa sangat stress. Stress = tertekan.
Suddenly I felt like I'm doing something wrong. Macam tak happy je buat apa-apa sekarang. And even more stress, when I don't even know why it is wrong. Or what I want to do to feel good.

Ya allah, permudahkan jalan bagiku.


p.s: doa ni di ambik dari sini

p.s.s: homesick ke macam ni? :O

p.s.s.s: rupanya entri ni tak di post pada malam kejadian. so careless.

2 comments:

  1. ambil masa untuk selesa:) bukan rasa rasa dan rasa terseksa haha

    ReplyDelete
  2. hehe betul tu betul :D
    merci beaucoup naz..

    ReplyDelete

thanks for browsing! (^^,)v